Tuesday, February 28, 2017

Mengamit Memori

Tempat ini..
Lebih 15 tahun yang lalu aku pernah menjejakkan kaki bersama kawan-kawan baik ku buat kali pertama dan kali terakhir ke sana membawa banyak duka.

Hari ini aku pergi seolah - olah kali pertama aku sampai di sana. Cuba untuk mengimbas kenangan lalu tetapi aku tak mampu untuk kutip semua memori lama.

Tempat ini masih suram dan kelam. Tiada pembahaguan malah makin diabaikan terutama kebersihan.. amat menyedihkan untuk kawasan yang indah dan nyaman..

Masyallah, airnya sejuk sekali kala aku membasahkan diri. Aku berharap mugkin suatu hari nanti aku akan kembali dengan perasaan yang berbeza..

Wallahuallam

Mencintai dan Dicintai

Sama banyakkah manusia hipokrit dan manusia jujur?

Perlu ke mencintai dan dicintai sesama manusia?
Betul ke dicintai lebih baik dicintai?

Susahkan untuk memilih yang terbaik untuk diri sendiri?

Pada aku yang terbaik adalah menyerahkan segala jiwa raga dan cintai pada kekasih teragungku iaitu Allah. Dia sentiasa ada dikala aku sedih, gembira, susah, senang, keliru, bahagia, kecewa, derita mahuoun berjaya.

Diala sebaik-baik kekasih pada semua manusia.. Dia tidak pernah tinggalkan kita, abaikan kita, lupakan kita mahupun membenci kita.

Aku juga bukan manusia sempurna dan masih mencari cahaya yang lurus..